Pengikut

Jumaat, 16 November 2012

COLLAGEN POWDER...



Apa keistimewaan Collagen Powder dr Shaklee ni?

okey mari kita berkongsi fakta...

Terbukti melalui kajian klinikal - mampu memperbaiki tekstur kulit selepas 8 minggu menggunakannya...!
Tidak dinafikan terlalu banyak pilihan produk kolagen di pasaran.
Bagaimana untuk memilih kolagen yang baik...
Ini panduan yang Nisak kongsikan untuk tatapan bersama =)

*********************************************************************************
[ Sumber : MamaFaiz ]

Lebih baik pilih dalam bentuk makanan (or cecair) berbanding yg kolagen yg disuntik. Ini utk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dlm tubuh badan
  1. Pilih size kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah. Microfine size mmbantu penyerapan yang baik kerana size ini adalah paling optimum diserap oleh sel, maka setiap kolagen yang di ambil up to 100% diserap dan memberi efect lebih cepat.
  2. Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelempaban yang berpanjangan.
  3. Pastikan kolagen mempunyai antioksidaan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan
  4. Pastikan supplemen itu mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri
  5. Kolagen juga penting utk kekal cantik tapi pastikan ia ada kandungan glucosamine utk kesihatan sendi. (bonus point)
  6. Pastilkan setiap kolagen itu mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.
  7. Last but not least, pastikan ia selamat dan tidak bertoxin
**********************************************************************************


Selasa, 2 Oktober 2012

ESP... oh ESP...



ESP ni bukan untuk ibu menyusu je yer...
ESP sangat sesuai utk seisi keluarga..
apa kebaikan nyer...

1. Orang yang ingin kekal sihat..
2. Orang yang lanjut umur,
(yang tidak upaya kerana kekurangan tenaga)
3. Kanak-kanak bersekolah
4. Ibu-ibu mengandung dan menyusu anak
5. Pesakit yang dalam proses pemulihan selepas pembedahan
6. Pesakit seperti ulcer perut, jantung, kanser, sakit kulit, rambut gugur, tidak ada selera makan, gastrik,
7. Ahli sukan dan bina badan
8. Soya Protein ini adalah untuk semua orang yang ingin membina dan mengekalkan badan yang sihat …
9. Dan yang inginkan kulit yang cantik

Jumaat, 28 September 2012

Herbal Blend® Multi-Purpose Cream



Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.

Dingin, bermentol dan tidak berminyak.

Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.

Sgt sesuai untuk semua golongan pengguna termasuklah bayi anda...

Isnin, 24 September 2012

Supplement Untuk Anak-anak...MEALSHAKE... CHEWABLE VITA C & VITA LEA...

Jom baca sedikit 1 artikel dr Utusan Malaysia yg boleh dikongsi bersama...
========================================================================
BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.
Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.
Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.
Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.
Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.
"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.
Teknik Tepuk Bantu Masalah Bayi Berkahak
Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.
"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.
"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.
"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.
"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.
"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.
"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.
Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.
"Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.
"Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut," katanya.
Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.
Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.
"Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.
"Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.
"Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah.
===========================================================
itulah yang sering nisak dan suami hadapi pd 2 hero kami...
Kerap batuk, selsema dan demam...
bila datang musim berkahak nyer tu... bila time lepas minum susu... boleh dikatakan Adam pasti akan muntah sbb Adam mcm geli tertelan kahak dia sendiri... bau muntah nyer jgn ckp ler... (pheeewww...!)
NIsak decide untuk beri Mealshake pd Adam.. minggu pertama Adam consume Mealshake mmg agak teruk Healing crisis nyer... adam batuk, selsema n muntah dengan agak terukla... (tp xderla sampai kena admit ward...syukur alhamdulillah...) en suami mintak stop kejap... sbb kesian kat Adam...
then dlm bulan 9 ni... nisak try bg lagi pd Adam... Mcm sebelum ini... Nisak akan letakkan 1 sudu Mealshake dlm susu pertama Adam pd waktu pagi... alhamdulillah... dah masuk minggu ke-2.. Adam no longer batuk, selsema n demam... Sgt2 bersyukur... dan selera makan Adam jugak nampak sedikit improvement... balik dr sekolah jer..(taska actually ^___^ ) Adam dah pandai mintak acik... (nak nasik ler tu... tgn tunjuk kat dapur...) alhamdulillah... syukur sgt2... dan rasa mcm dah lama tak kena g klinik untuk amik neb... ^____^
Mealshakes
selain dr melashake, nisak beri Adam n Ammar (my only anak menakan...) Chewable Vita C... (Adam n Ammar akan teruja setiap kali tgk Nisak amik supplement Shaklee ni...) sbb tu derang pun cibuk nak jugak bat...bat.. (ubat...^____^)
Chewable Vita-C
Jadi...jom beri anak kita pemakanan yang terbaik untuk kesihatan yang optimum... anak sihat... ibu bahagia... (ayah pun bahagia jugak... ^___^) Harga nya sgt berpatutan... 

Chewable Vita-Lea